Sunday, April 26, 2009

Akar dan jenis penggunaan 'Kot'

Bagi saya perkataan kot itu sendiri memberi maksud yang mudah ditransalasi dan difahami. Tapi dewasa ini, penggunaan kata pelengkap ini menjadi semakin komplex. Biarpun ianya mempunyai nahu dan sebutan yang sama dengan 'Kot(sejenis kain pelitup badan)' mahupun 'Kod(sejenis ikan imalsyen), namun ianya tiada sebarang pertalian antara satu sama lain. Mari kita kaji akar penggunaan 'kot' ini

Oleh kerana ianya hanyalah kata yang disingkat (tidak tahu individu yang bertanggungjawab menyingkatkannya) jadi ia mempunyai banyak asumsi nya. Seperti biasa saya akan memberi contoh untuk mengunderstandasi kan anda dengan lebih mudah.

Cth 1:
Bapaknya ketua mafia kot. Sebab itulah beliau itu kerek semacam sahaja.
Akarnya:
Penekanan 'kot' di sini lebih ke arah kemungkinan dan posibalitas. Satu keterangan yang menunjukkan jawapan yang diberi adalah asumsi semata.

Cth 2:
Berhati-hatilah kamu. Kot-kot lah mereka bertindak barbarian dengan tidak semena-mena.
Akarnya:
Bagi saya ianya membawa erti yang sama dengan contoh 1. Tidak perlulah saya mengulanginya lagi. Anda berfikir saya rajin?

Cth 3:
Aku sudah mengerjakan solat kot. Saudara fikir apa?
Akarnya:
Ini agak tidak menepati tatabahasa. Kebanyakannya selalu digunakan oleh anak-anak muda town dan urban (maaf kerana penggunaan white people communication code). Sebenarnya pengunaan kot disini adalah amat salah sama sekali. Kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan sama si polan itu benar-benar yakin atau ragu-ragu. Ianya lebih kepada penyedap ayat. Jadi tiada eksplanasi lanjutan di sini.


Jadi di sini di sini saya dapat belitkan bahawa penggunaan 'kot' ini membawa banyak keraguan, tidak kira dari akarnya mahupun penerapannya ke dalam perbualan mingguan kita. Malah tidak tahu asal-usulnya, samada kesan dari penjajah-penjajah kaukasia ataupun dialek-dialek bahasa melayu di nusantara ini.