Sunday, August 22, 2010

Seronok

Tuan hamba begitu suka pada perbendaharaan kata untuk kali ini. SERONOK. Maknanya sering kali berubah mengikut situasi dan individu. Ada yang diterapkan penggunaannya di atas kata kerja yang negatif mahupun positif. Ianya juga layak untuk diguna pakai di dalam ayat pasif atau aktif. Di sini, seperti biasa, beta akan sertakan beberapa contoh bagi rakyat2 yang masih kurang cerdik dan masih tidak dapat tangkap apa yang saya ungkapkan

Cth 1:
(Ayat Pasif) = Seronok bha sia ini hari rasa sia. Teda pernah sia macam ini seronok rasa

(Ayat Aktif) = Hari ini saya merasa sungguh seronok. Tidak pernah saya seronok sedemikian

Di sini telah jelas bahawa maknanya tidak berubah sekalipun ia dieletakkan pada kedudukan hadapan atau belakang kata ganti diri.

Maksudnya juga bergantung kepada tarannum si pengungkap itu sendiri. nak bawak gaduh pon boleh jadi. Aduh. Perlukan contoh lagi.

Cth 2:
1. "Seronok?", kata ibu Ramli kepada Ramli yang sedang terkejut akibat kantoi menonton video dewasa. (lebih kepada tak seronok)

2. "Seronok?", ungkap bapa Zohan kepada zohan selepas bapanya menghadiahkan kepada Zohan sebuah motorsikal 4 lejang 6 kelajuan 1000cc. (ayat pemastian, lebih kepada seronok yang sebenar)

Banyak lagi pernyataan yang boleh diterangkan melalui penggunaan kata SERONOK ini. Tambahan pula sekarang ini Bahasa Malaya telah banyak diterapkan dengan susun kata dan tatabahasa bahasa dari eropah, timur tengah dan negara lain lagi. Ini semua adalah sebahagian daripada rancangan Illumintai tanpa kita sedari. Inilah kesan akibat globalisasi yang tidak terkawal. Anda tahu apa itu globalisasi? Nak tahu tunggu sisipan seterusnya di pertengahan bulan Ramadhan nanti. Mesti bapak2/ibu2 semua tertunggu-tunggu kankerana sebab ayat yang saya guna dia atas menunjukkan macam best?.. HAHAH..huhuhhuh...hihihihi...hohohoho,...hmmmmm....zzzzzz..

Saturday, August 21, 2010

Bahasa

Hari ni kita berkenalan dengan satu sistem komunikasi terpenting dalam manusia sejagat, yang dikenali sebagai BAHASA.

Hamba begitu tertarik dengan sistem ini. Begitu memudahkan. Cuba bayangkan hidup kita ini tanpa bahasa. Jenuh tegang urat krem rahang jika kita hendak mengeskpresikan sesuatu maklumat.Malah bahasa ini juga mempamerkan race atau ethnic sesuatu kaum itu

Sahaya memang minat dalam mengkaji bahasa, terutamanya bahasa2 kuno dan bahasa2 kitab samawi (arab, aramaic, ibrani dll). Kalau boleh aku nak belaja semua bahasa yang terdapat di alam maya ini, mahupun bahasa makhluk terasing.

Dewasa kini, dengan berkembang pesatnya teknologi perkomputeran dan globalisasi. Setiap bahasa pasti mempunyai sistem tulisannya yang dinamik. Kalau sekarang ini kita dapat perhatikan tulisan moden ini terbahagi kepada dua, iaitu BLOK dan SKRIP.

Apakah benda blok dan skrip ini. Aku tau la u all sume nak rumah u all cantik cek mek molek (tiba2 sahaja). Kita mulakan dengan skrip. Skrip ini boleh dikatan adalah standard betuk tulisan yang dihasilkan dengan tangan. Atau kata lain tulisan tangan (handwriting). Kemudian ianya distandardkan lagi (bagi memudahkan pemahaman dan penyebutan huruf itu) dengan sistem BLOK. Blok ini diguna pakai oleh sistem komputer.

cth:
Huruf latin A (lower case)
blok = a
skrip = menyerupai d tetapi tiada tanduk

Itu hanyalah contoh yang diambil dari alphabet latin.

Sebenarnya banyak lagi bentuk yg terhasil daripada ke-kreativi-an manusia, seperti Khat,Rashi, kaligrafi dan sebagainya. Semua ini buat susah sahaja sebenarnya. Mengarut. Bentuk lain2 tetapi bendanya sama sahaja. Cis. Tetapi otak manusia ini kompleks. Sukar ditafsir mahupun ditiliki. Dan hasil dari kekompleksan inilah tercetusnya seni yang memlemparkan kita dari kelinearan hidup yang mungkin membawa kepada kebosanan.