Saturday, August 21, 2010

Bahasa

Hari ni kita berkenalan dengan satu sistem komunikasi terpenting dalam manusia sejagat, yang dikenali sebagai BAHASA.

Hamba begitu tertarik dengan sistem ini. Begitu memudahkan. Cuba bayangkan hidup kita ini tanpa bahasa. Jenuh tegang urat krem rahang jika kita hendak mengeskpresikan sesuatu maklumat.Malah bahasa ini juga mempamerkan race atau ethnic sesuatu kaum itu

Sahaya memang minat dalam mengkaji bahasa, terutamanya bahasa2 kuno dan bahasa2 kitab samawi (arab, aramaic, ibrani dll). Kalau boleh aku nak belaja semua bahasa yang terdapat di alam maya ini, mahupun bahasa makhluk terasing.

Dewasa kini, dengan berkembang pesatnya teknologi perkomputeran dan globalisasi. Setiap bahasa pasti mempunyai sistem tulisannya yang dinamik. Kalau sekarang ini kita dapat perhatikan tulisan moden ini terbahagi kepada dua, iaitu BLOK dan SKRIP.

Apakah benda blok dan skrip ini. Aku tau la u all sume nak rumah u all cantik cek mek molek (tiba2 sahaja). Kita mulakan dengan skrip. Skrip ini boleh dikatan adalah standard betuk tulisan yang dihasilkan dengan tangan. Atau kata lain tulisan tangan (handwriting). Kemudian ianya distandardkan lagi (bagi memudahkan pemahaman dan penyebutan huruf itu) dengan sistem BLOK. Blok ini diguna pakai oleh sistem komputer.

cth:
Huruf latin A (lower case)
blok = a
skrip = menyerupai d tetapi tiada tanduk

Itu hanyalah contoh yang diambil dari alphabet latin.

Sebenarnya banyak lagi bentuk yg terhasil daripada ke-kreativi-an manusia, seperti Khat,Rashi, kaligrafi dan sebagainya. Semua ini buat susah sahaja sebenarnya. Mengarut. Bentuk lain2 tetapi bendanya sama sahaja. Cis. Tetapi otak manusia ini kompleks. Sukar ditafsir mahupun ditiliki. Dan hasil dari kekompleksan inilah tercetusnya seni yang memlemparkan kita dari kelinearan hidup yang mungkin membawa kepada kebosanan.

No comments: