Tuesday, January 31, 2012

Hilangya bahasa tidak menjadikan anda stylo

Statistik menunjukkan bahawa dalam masa 20 tahun cara percakapan dang penggunaan bahasa melayu di Malaysia akan berubah sama sekali (ini tibai saja).

Bila menyentuh soal Pulau Pinang, berapa kerat di antara kita yang menuturkannya sebagai 'Pulau Pinang'?..begitu juga yang terjadi ke atas singapura dan Selama...(kini Selama disebut sebagai 'Slovakia')

Dengan penambahan tatabahasa baru yang ntahapahapa seperti 'der', 'syial' , 'doh' juga telah mencacatkan pengunaan bahasa itu sendiri. Ditambah pula dengan imigran2 dari sabah yang sudah mula membawa dakyah mereka dalam memasifkan ayat2 baku melayu. Ini adalah satu penjahan.

Dar dulu lagi kita dapat lihat dimana banyak kosa kata bahasa melayu yang telah hilang dan dimodi seperti 'arakian', 'sahaya', 'merdeheka', dan banyak lagi. Tiada istilah bahasa melayu kuno di sini. Apa yang kunonya dengan bahasa kita sendiri sehingga ditukarkan dengan istilah2 dari barat?

Konklusinya, percayalah yang suatu hari nanti itu akan tiba dimana bangsa kita sendiri akan mula malu dengan pertuturan bahasa bangsanya sendiri. Tiada lagi bahasa bangsanya yang akan dipraktikkan dalam upacara formal. Diwaktu itu juga komik2 Ujang, Apo, dan Gila-gila akan mula masuk kat dalam muzium..Masa itulah mereka akan mula fuyooo dengan semua ini.

No comments: