Tuesday, January 31, 2012

Hilangya bahasa tidak menjadikan anda stylo

Statistik menunjukkan bahawa dalam masa 20 tahun cara percakapan dang penggunaan bahasa melayu di Malaysia akan berubah sama sekali (ini tibai saja).

Bila menyentuh soal Pulau Pinang, berapa kerat di antara kita yang menuturkannya sebagai 'Pulau Pinang'?..begitu juga yang terjadi ke atas singapura dan Selama...(kini Selama disebut sebagai 'Slovakia')

Dengan penambahan tatabahasa baru yang ntahapahapa seperti 'der', 'syial' , 'doh' juga telah mencacatkan pengunaan bahasa itu sendiri. Ditambah pula dengan imigran2 dari sabah yang sudah mula membawa dakyah mereka dalam memasifkan ayat2 baku melayu. Ini adalah satu penjahan.

Dar dulu lagi kita dapat lihat dimana banyak kosa kata bahasa melayu yang telah hilang dan dimodi seperti 'arakian', 'sahaya', 'merdeheka', dan banyak lagi. Tiada istilah bahasa melayu kuno di sini. Apa yang kunonya dengan bahasa kita sendiri sehingga ditukarkan dengan istilah2 dari barat?

Konklusinya, percayalah yang suatu hari nanti itu akan tiba dimana bangsa kita sendiri akan mula malu dengan pertuturan bahasa bangsanya sendiri. Tiada lagi bahasa bangsanya yang akan dipraktikkan dalam upacara formal. Diwaktu itu juga komik2 Ujang, Apo, dan Gila-gila akan mula masuk kat dalam muzium..Masa itulah mereka akan mula fuyooo dengan semua ini.

Monday, September 5, 2011

Salah erti???

Shabab shalom...Belog ilmiah yang setahun sekali dikemaskini, kini kembali dengan mengungkap masalah penggunaan bahasa yang semakin meluas..kadang-kadang tu cakap macam budak tak sekolah..padahal dah belajar tinggi..ni semua pasal tengok banyak sangat tv. mengaji xmau..

Hari ini kita tekankan pada 2 perkataan yang selalu disalah ertikan oleh pengguna2 bahasa dewasa kini..wokeyh..yang pertama

1. Sadis
-diambil dari perkataan 'sadist' (pinjaman dari bahasa anglo german laknatullah) yang membawa erti perasaan yang syok/stim bila menyeksa makhluk lain (xtau btoi ka dak)...google sendiri la..malas aku nk cerita..benda len hangpa rajin lak dok google..

-selalu disalah erti dengan perkataan 'sedih'...banyak dah aku tengok budak2 la ni salah pakai....dengaq lagu sedih kata lagu sadis...skolah tggi2 pon bodo lagi

5. Peduli
-kalau translate bulat2, ia membawa erti 'ambil berat' atau dalam bahasa stylo dia 'care'...

- kita bagi contohinye la pon:
* contoh A : Arrgghhh...pedulikan dia
* contoh W : WAARRGGHHH....usah pedulikan dia

banyak drama2/filem2 melayu sekarang tambah2 arahan razak mohaideen..(men rembat je nama dia ni) mengambil contoh A bagi membawa maksud "jangan ambil tahu"...NI SALAH LA CELAKA!!!!

dah..selamat hari raya.

Sunday, August 22, 2010

Seronok

Tuan hamba begitu suka pada perbendaharaan kata untuk kali ini. SERONOK. Maknanya sering kali berubah mengikut situasi dan individu. Ada yang diterapkan penggunaannya di atas kata kerja yang negatif mahupun positif. Ianya juga layak untuk diguna pakai di dalam ayat pasif atau aktif. Di sini, seperti biasa, beta akan sertakan beberapa contoh bagi rakyat2 yang masih kurang cerdik dan masih tidak dapat tangkap apa yang saya ungkapkan

Cth 1:
(Ayat Pasif) = Seronok bha sia ini hari rasa sia. Teda pernah sia macam ini seronok rasa

(Ayat Aktif) = Hari ini saya merasa sungguh seronok. Tidak pernah saya seronok sedemikian

Di sini telah jelas bahawa maknanya tidak berubah sekalipun ia dieletakkan pada kedudukan hadapan atau belakang kata ganti diri.

Maksudnya juga bergantung kepada tarannum si pengungkap itu sendiri. nak bawak gaduh pon boleh jadi. Aduh. Perlukan contoh lagi.

Cth 2:
1. "Seronok?", kata ibu Ramli kepada Ramli yang sedang terkejut akibat kantoi menonton video dewasa. (lebih kepada tak seronok)

2. "Seronok?", ungkap bapa Zohan kepada zohan selepas bapanya menghadiahkan kepada Zohan sebuah motorsikal 4 lejang 6 kelajuan 1000cc. (ayat pemastian, lebih kepada seronok yang sebenar)

Banyak lagi pernyataan yang boleh diterangkan melalui penggunaan kata SERONOK ini. Tambahan pula sekarang ini Bahasa Malaya telah banyak diterapkan dengan susun kata dan tatabahasa bahasa dari eropah, timur tengah dan negara lain lagi. Ini semua adalah sebahagian daripada rancangan Illumintai tanpa kita sedari. Inilah kesan akibat globalisasi yang tidak terkawal. Anda tahu apa itu globalisasi? Nak tahu tunggu sisipan seterusnya di pertengahan bulan Ramadhan nanti. Mesti bapak2/ibu2 semua tertunggu-tunggu kankerana sebab ayat yang saya guna dia atas menunjukkan macam best?.. HAHAH..huhuhhuh...hihihihi...hohohoho,...hmmmmm....zzzzzz..

Saturday, August 21, 2010

Bahasa

Hari ni kita berkenalan dengan satu sistem komunikasi terpenting dalam manusia sejagat, yang dikenali sebagai BAHASA.

Hamba begitu tertarik dengan sistem ini. Begitu memudahkan. Cuba bayangkan hidup kita ini tanpa bahasa. Jenuh tegang urat krem rahang jika kita hendak mengeskpresikan sesuatu maklumat.Malah bahasa ini juga mempamerkan race atau ethnic sesuatu kaum itu

Sahaya memang minat dalam mengkaji bahasa, terutamanya bahasa2 kuno dan bahasa2 kitab samawi (arab, aramaic, ibrani dll). Kalau boleh aku nak belaja semua bahasa yang terdapat di alam maya ini, mahupun bahasa makhluk terasing.

Dewasa kini, dengan berkembang pesatnya teknologi perkomputeran dan globalisasi. Setiap bahasa pasti mempunyai sistem tulisannya yang dinamik. Kalau sekarang ini kita dapat perhatikan tulisan moden ini terbahagi kepada dua, iaitu BLOK dan SKRIP.

Apakah benda blok dan skrip ini. Aku tau la u all sume nak rumah u all cantik cek mek molek (tiba2 sahaja). Kita mulakan dengan skrip. Skrip ini boleh dikatan adalah standard betuk tulisan yang dihasilkan dengan tangan. Atau kata lain tulisan tangan (handwriting). Kemudian ianya distandardkan lagi (bagi memudahkan pemahaman dan penyebutan huruf itu) dengan sistem BLOK. Blok ini diguna pakai oleh sistem komputer.

cth:
Huruf latin A (lower case)
blok = a
skrip = menyerupai d tetapi tiada tanduk

Itu hanyalah contoh yang diambil dari alphabet latin.

Sebenarnya banyak lagi bentuk yg terhasil daripada ke-kreativi-an manusia, seperti Khat,Rashi, kaligrafi dan sebagainya. Semua ini buat susah sahaja sebenarnya. Mengarut. Bentuk lain2 tetapi bendanya sama sahaja. Cis. Tetapi otak manusia ini kompleks. Sukar ditafsir mahupun ditiliki. Dan hasil dari kekompleksan inilah tercetusnya seni yang memlemparkan kita dari kelinearan hidup yang mungkin membawa kepada kebosanan.

Sunday, April 26, 2009

Akar dan jenis penggunaan 'Kot'

Bagi saya perkataan kot itu sendiri memberi maksud yang mudah ditransalasi dan difahami. Tapi dewasa ini, penggunaan kata pelengkap ini menjadi semakin komplex. Biarpun ianya mempunyai nahu dan sebutan yang sama dengan 'Kot(sejenis kain pelitup badan)' mahupun 'Kod(sejenis ikan imalsyen), namun ianya tiada sebarang pertalian antara satu sama lain. Mari kita kaji akar penggunaan 'kot' ini

Oleh kerana ianya hanyalah kata yang disingkat (tidak tahu individu yang bertanggungjawab menyingkatkannya) jadi ia mempunyai banyak asumsi nya. Seperti biasa saya akan memberi contoh untuk mengunderstandasi kan anda dengan lebih mudah.

Cth 1:
Bapaknya ketua mafia kot. Sebab itulah beliau itu kerek semacam sahaja.
Akarnya:
Penekanan 'kot' di sini lebih ke arah kemungkinan dan posibalitas. Satu keterangan yang menunjukkan jawapan yang diberi adalah asumsi semata.

Cth 2:
Berhati-hatilah kamu. Kot-kot lah mereka bertindak barbarian dengan tidak semena-mena.
Akarnya:
Bagi saya ianya membawa erti yang sama dengan contoh 1. Tidak perlulah saya mengulanginya lagi. Anda berfikir saya rajin?

Cth 3:
Aku sudah mengerjakan solat kot. Saudara fikir apa?
Akarnya:
Ini agak tidak menepati tatabahasa. Kebanyakannya selalu digunakan oleh anak-anak muda town dan urban (maaf kerana penggunaan white people communication code). Sebenarnya pengunaan kot disini adalah amat salah sama sekali. Kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan sama si polan itu benar-benar yakin atau ragu-ragu. Ianya lebih kepada penyedap ayat. Jadi tiada eksplanasi lanjutan di sini.


Jadi di sini di sini saya dapat belitkan bahawa penggunaan 'kot' ini membawa banyak keraguan, tidak kira dari akarnya mahupun penerapannya ke dalam perbualan mingguan kita. Malah tidak tahu asal-usulnya, samada kesan dari penjajah-penjajah kaukasia ataupun dialek-dialek bahasa melayu di nusantara ini.

Sunday, June 22, 2008

Mukadimah

Bajet...Ada yang menggunakan perkataan ini tanpa sebarang kajian dan usul periksa maksud dan kewujudannya.Yang manakah benar? Budget, bajet, butt jet, atau tiada dlam senarai??Ianya adalah satu perkataan Inggeris yang dipinjamkan dalam bahasa Malaysia kita.Tetapi hari ini saya akan meggunakan ejaan yang majoriti warganegara Malaysia mengunakannya.Sekarang, mari kita lihat contoh penggunaan perkataan bajet dalam madah2 harian rakyat2 1 Malaysia kini

cth 1:
Mamat itu bajet panas betul la

cth 2:
Agak2 brapa bajet perbelanjaan kita untuk kita mendaki gunung korbu di minggu hadapan

cth 3:
Adakah anda sempat melihat bajet 2007 kelmarin yang disiarkan dalam Visi Gelung Pancaran Katod(TV CRT)?

Kata bajet ini amat mudah digunakan malah ianya juga senang diterapkan dalam percakapan seharian kita, membuat ia menjadi sebutan ramai biarpun maknanya berlainan (mungkin ya mungkin tidak) mengikut susun baris ayat yang dituturkan.Saya bukan pakar bahasa.Tetapi saya lebih menekankan pengunaan perkataan bajet ini dalam percakapan yg melibatkan kos, wang dan ringgit.